Kumpulan Peribahasa Banjar part 3

Ditinggal manawaki, dibawa malinggang jukung – Serba salah atau seseorang yang suka menyusahkan orang lain.(peribahasa org Banjar)


==============================

Kapala manyuruk buntut mahambat.. – Seseorang yang nampaknya diam tetapi di belakang memukul secara sembunyi.(peribahasa org Banjar).

==============================

* Akal mamilanduk – Memberi pelbagai alasan untuk mengelak pekerjaan.

* Baguna tahi larut – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat, lebih mementingkan diri sendiri.

* Baik mambuang hintalu sabuku, dari rusak sakataraan – Kalau ada satu anggota keluarga yang jahat lebih baik disingkirkan daripada merosak atau memalukan keseluruhannya.

* Banganga dahulu hanyar baucap – Fikirkan dahulu buruk baiknya sebelum mengucapkan sesuatu.

* Banyak muntung haran nasi – Orang yang terlalu banyak bercakap hanya akan membuang waktu sahaja sedangkan pekerjaan tidak menjadi.

* Banyu saimbir malamasi – Hal-hal yang kecil boleh m,embahayakan sekiranya tidak berwaspada.

* Baupang di batang tinggalam – Berlindung pada orang yang susah atau tidak mampu berbuat apa-apa.

* Biar batihang haur asal rumah saurang, tihang ulin mun rumah urang - Barang kepunyaan sendiri biar bagaimanapun keadaannya lebih berguna daripada barang baik tapi milik orang lain.

* Bila wani menimbai lunta, wani tu manajuni – Apabila berani melakukan sesuatu perbuatan maka harus berani menanggung resiko.

* Bukah man cina – Orang yang lari terlalu laju kerana ketakutan.

* Buta kakap – Tidak tahu sama sekali hal sesuatu.

* Cirat kada mati, ular kada kanyang – suatu penyelesaian yang sangat baik.

* Ditinggal manawaki, dibawa malinggang jukung – Serba salah atau seseorang yang suka menyusahkan orang lain.

* Ganal batu maka ganal katamnya – Orang yang bersusah payah melakukan sesuatu tentulah besar juga ganjarannya.

* Ganal suap pada muntung – Besar belanjar dari pendapatan.

* Ganyir muntung – Orang yang bercakap kotor atau lucah.

* Guntur maanduh-anduh hujannya ma am kada jadi – Orang ayang bercakap besar tetapi buktinya tidak ada.

* Gunung gin amun ditumbai bisa runtuh – Sebanyak manapun harta yang ada kalau dibelanjakan akan habis juga akhirnya.

* Hidup sapangukut sapangikih – Penghasilan sehari hanya cukup untuk sehari sahaja.

* Hilung mahilung habis buah dimakan burung – Selepas penat mengerjakan sesuatu tetapi hasilnya diambil orang.

* Hinip sabanuaan kaya dikubui banyu – Keadaan yang amat sunyi.

* Hunuk kaya ular kakanyangan – Orang yang pemalas, tidak suka bekerja.

* Jangan manggarak tadung guring – Jangan mengganggu orang lain, mungkin akan melibatkan perkara yang tak baik.

* Kada diam parang, kada diam pisau – Kalau tuanya selalu bekerja, anaknya pun pasti juga bekerja.

* Kapal manyuruk buntut mahambat – Seseorang yang nampaknya diam tetapi di belakang memukul secara sembunyi.

* Kaya apa urang, kaya apa saurang – Apa yang dirasakan oleh orang lain hendaknya dapat pula dirasakan oleh diri sendiri.

* Kaya kalimbuai, naik kawa turun kada kawa – Seseorang yang memulakan pekerjaan dengan baik tetapi gagal menyelesaikannya.

* Kaya kangkung kada baruas – Sesuatu yang sangat tidak lazim.

* Kaya lukah kada bahandut – Orang yang pemboros atau orang yang tidak mahu mendengar nasihat.

* Kuyang-kuyang, hantu hantu, urang urang, aku aku – Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.

* Liur baungan – Mata keranjang.

* Maambil piring nasi dihadapan kawan – Mengambil rezeki orang laian atau mengkhianati kawan sendiri.

* Malihat inggan mata, mandangar inggan talinga – Jangan suka mencampuri urusan orang lain.

* Maling bakuciak maling – Ia yang jahat tetapi menuding pada orang lain.

* Mambantat mangadalun, dijamur kada karing, dirandam kada bangai, dibanam kada hangit – Seseorang yang tidak berguna atau tidak diperlukan untuk kebaikan.

* Mana umpat bahinggap mana umpat bataduh – menggantungkan segalanya kepada orang lain.

* Mangaih punggur ka hadapan – Mencampuri urusan orang lain yang sebenarnya tidak ada hubungan dengan diri sendiri.

0 Response to "Kumpulan Peribahasa Banjar part 3"

Posting Komentar