Kumpulan Peribahasa Banjar Part 4

* Mangguyang tawing buruk – Mengerjakan sesuatunyang merugikan diri sendiri.

* Manusia kada mamak dijarang – Orang yang hanya mempeartahankan pendapat sendiri tanpa mahu mendengar pendapat orang lain.

* Muntung kada babasuh – Kalau bercakap hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan.

* Naik di pinang turun di rukam – Sesautu pekerjaan yang dilakukan, berat dipermulaan dan berat juga diakhirnya.

* Ngalih mambuang batu dipalatar – Sukar menghilangkan tabiat yang telah menjadi kebiasaan.

* Parak-parak dipingkut, jauh-jauh bakisut – Bersedia menerima sesuatu tugas yang diberikan.

* Piring mangkuk bisa tagapuk – Suasana yang baik boleh secara tiba-tiba menjadi pertikaian.

* Rasuk jua kumpangnya – Segala perbuatan hendaklah selaras dengan apa yang dikehendaki masyarakat.

* Rumput mangalahakan banua – Pendatang yang berkuasa mengalakan penduduk tempatan.

* Sawa mamburuki talanan – Orang yang malas hanya suka baring tidur.

* Sudah babiuhan muntung managur – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, lebih mementingkan kehendak sendiri sahaja.

* Tabulik ka luang satu – Tidak ada apa-apa hasil ataupun tidak mendapat untung.

* Taguyang sarang wanyi - mengganggu orang yang lebih kuat.

* Tahu makan ha, kaya ular pampaut – Orang ayang selalu mengharap bantuan orang lain tanpa mahu berusaha sendiri.

* Tanggiling mangguyang paring, disambat ngaran malabuk gugur – Setiap orang ada mempunyai kelemahannya sendiri.

* Tinggi gunung tinggi lagi halalang – Sesuatu yang tinggi pasti ada lagi yang lebih tinggi.

* Tuha binjai pada batu – Orang yang lebih tua haruslah dihormati dalam masyarakat.

* Turun hayan naik hayam – Bekerja dengan gigih sepanjang hari untuk mencari rezeki.

* Upung mamadahi mayang – Orang kecil yang lemah menasihati orang yang lebih tinggi kedudukannya.

* Ya surak, ya maling – Orang yang diamanahkan menjaga sesuatu tetapi dialah yang mengkhianatinya.

=====================================================

Sumber: Kaskus Regional Kalimantan Selatan - diposkan oleh ID siutuh

0 Response to "Kumpulan Peribahasa Banjar Part 4"

Posting Komentar